Skip to main content

DIVISION OF INDUSTRY & COMMUNITY NETWORK

BENGKEL PEMBANGUNAN STRATEGIK JARINGAN KOMUNITI UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM TAHUN 2026

WhatsApp Image 2026 02 11 at 12.30.35 PM

Bahagian Hubungan Industri (BHI), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Institusi-Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) khususnya Universiti Awam (UA) akan memperhebatkan lagi pelaksanaan program-program pemerkasaan komuniti pada tahun 2026 bagi memastikan lebih ramai komuniti di seluruh negara menerima manfaat hasil perkongsian ilmu dan kepakaran dari golongan penyelidik, pensyarah dan warga UA. Antara program-program pembangunan komuniti yang akan diberikan tumpuan pada tahun 2026 adalah Program Menginspirasi Komuniti MADANI (KPT INSPIRASI): 1 IPT 1 DAERAH; dan Program Pembangunan Ekonomi MADANI Di Kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

USM mengalu-alukan kehadiran seluruh pimpinan jaringan komuniti dari universiti-universiti awam Malaysia ke program strategik nasional ini. Bengkel ini menjadi platform penting untuk menyelaraskan hala tuju, memperkukuh kerjasama antara universiti, serta memperkasakan impak program komuniti selaras dengan agenda Malaysia MADANI dan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi.

Melalui perkongsian idea, pengalaman lapangan dan perancangan bersama, jaringan universiti awam terus diperkasa sebagai pemangkin transformasi komuniti yang inklusif, lestari dan berimpak tinggi.

WhatsApp Image 2026 02 11 at 1.19.35 PM 1

WhatsApp Image 2026 02 11 at 1.19.38 PM

WhatsApp Image 2026 02 11 at 1.19.37 PM 1

  • Hits: 13