Skip to main content

DIVISION OF INDUSTRY & COMMUNITY NETWORK

USM SERAH TAPAK GELANGGANG KOMUNITI KEPADA KOMUNITI SUNGAI NIBONG KECIL

futsal

SUNGAI NIBONG KECIL, PULAU PINANG, 13 Mac 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) mengadakan satu sesi penyerahan tapak Gelanggang Permainan Komuniti kepada komuniti Sungai Nibong Kecil bagi kemudahan rekreasi dan aktiviti sosial penduduk setempat.

Sesi penyerahan tersebut melibatkan pihak komuniti yang diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Roslan Mohamed, bersama wakil pihak BJIM dan Japatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), USM.

Penyerahan tapak gelanggang komuniti ini merupakan sebahagian daripada usaha kolaboratif antara Universiti, kerajaan tempatan dan komuniti dalam menyediakan ruang riadah yang kondusif bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan sosial dalam kalangan penduduk setempat di bawah peruntukan Kampung angkat MADANI 2025.

Sementara itu, pihak USM menegaskan komitmen Universiti untuk terus memainkan peranan sebagai rakan strategik kepada komuniti melalui pelaksanaan projek pembangunan komuniti yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan masyarakat.

Gelanggang yang diserahkan ini akan diurus dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak komuniti Sungai Nibong Kecil bagi memastikan kemudahan tersebut kekal aktif dan memberi manfaat berterusan kepada penduduk sekitar.

futsal 1

futsal 2

  • Hits: 48