COMPASSION@THIRD AGE UNIVERSITY CLUSTER: MEMPERKASA PENUAAN AKTIF MELALUI SINERGI ILMU, KOMUNITI DAN AGENSI STRATEGIK

Pejabat Jaringan Masyarakat terus memperkukuh ekosistem libaturus universiti komuniti melalui agenda Community Program for Sustainable Impact Mission (COMPASSION) sebagai flagship universiti dalam memacu pembangunan komuniti berimpak tinggi melalui pendekatan bersepadu yang menggabungkan penyelidikan, inovasi sosial dan kolaborasi rentas sektor.
Dalam kerangka ini, COMPASSION@Third Age University Cluster berfungsi sebagai platform integrasi strategik yang menghubungkan inisiatif universiti dengan pelaksanaan di lapangan, khususnya melalui Program WellAge @ Darul Hanan yang memberi tumpuan kepada agenda penuaan aktif (active ageing) secara holistik.
Inisiatif ini turut dilaksanakan dengan kerjasama strategik Pusat Zakat Pulau Pinang, yang memperkukuh dimensi sokongan sosial dan kesejahteraan komuniti melalui pendekatan yang lebih inklusif, berimpak dan lestari. Kerjasama ini membuka ruang kepada penggabungan sumber, kepakaran dan jaringan bagi memperluas impak program kepada golongan sasar, khususnya warga emas dalam komuniti.
Program ini diterajui oleh Ketua Program, Dr. Nawal Radhiah binti Abdul Rahman (Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi), Dr. Nur Hafeeza binti Ahmad Fazil (Pusat Pengajian Sains Sosial & Kemasyarakatan), Prof Madya Dr Mohd Hafiidz Jaafar (Pusat Pengajian Teknologi Industri), dengan penekanan kepada tiga dimensi utama kesejahteraan warga emas iaitu kesihatan oral (SmileWell), kesejahteraan psikososial (BFF-Well) dan kesejahteraan fizikal (ErgoAGE-Well). Pendekatan ini mencerminkan keperluan untuk melihat kesejahteraan warga emas secara menyeluruh dan bersepadu, melangkaui pendekatan kesihatan yang bersifat silo.
Melalui kerangka COMPASSION, program ini turut berperanan sebagai platform pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) berasaskan komuniti yang memperkasa warga emas untuk kekal aktif, berdikari dan terus terlibat secara sosial. Pada masa yang sama, ia menyokong agenda pencegahan kesihatan serta memperkukuh kapasiti komuniti dalam mendepani cabaran masyarakat menua secara mampan.
Dalam jangka panjang, model integrasi ini berpotensi menyumbang kepada pengurangan beban sistem kesihatan di samping memperkukuh ekosistem sokongan komuniti yang lebih responsif dan berdaya tahan.
Inisiatif COMPASSION@Third Age University Cluster menumpu kepada transformasi sosial yang berasaskan gabungan penyelidikan, praktikal serta nilai empati yang diterjemahkan secara konsisten di peringkat komuniti.


- Hits: 20