Skip to main content

DIVISION OF INDUSTRY & COMMUNITY NETWORK

MEMACU KTP BERIMPAK TINGGI: STANDARD, SINERGI DAN PENCIPTAAN NILAI UNTUK MASYARAKAT

WhatsApp Image 2026 04 20 at 12.03.19 PM

Memacu KTP Berimpak Tinggi: Standard, Sinergi dan Penciptaan Nilai untuk Masyarakat

Satu bengkel intensif selama dua hari telah berjaya dilaksanakan bagi memperkemas dan membangun piawaian pelaksanaan Knowledge Transfer Program (KTP) ke arah yang lebih sistematik, berstruktur dan berimpak tinggi.
Bengkel anjuran Sekretariat KTP-MRUN ini menghimpunkan panel berpengalaman terdiri daripada pengurusan universiti serta panel penilai geran dalam memperkukuh ekosistem pemindahan ilmu dan penglibatan komuniti.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Azlan, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) yang menegaskan bahawa KTP perlu bergerak melangkaui aktiviti pemindahan ilmu semata-mata, sebaliknya berorientasikan penyelesaian masalah dan penciptaan impak mampan.

“KTP perlu diperkukuh sebagai instrumen penciptaan nilai kepada masyarakat melalui impak yang boleh diukur dan berterusan,” beliau menekankan.

Perbincangan turut memberi fokus kepada pembangunan kerangka berasaskan Theory of Change, merangkumi pernyataan masalah, intervensi, baseline serta pengukuran output, outcome, ROI dan Return on Value (ROV) bagi memastikan setiap projek mempunyai laluan impak yang jelas dan boleh diukur.

Perbincangan dibahagikan kepada tiga fokus utama:
• Halatuju – penyelarasan dasar KTP
• Governan – tadbir urus KPT
• Impak – pemantauan, penilaian dan pengukuran impak

Pendekatan berstruktur ini telah memperkukuh perbincangan secara holistik seterusnya menyumbang kepada pembangunan garis panduan KTP yang lebih telus dan sistematik.

Inisiatif ini menjadi langkah strategik dalam memperkukuh peranan universiti sebagai pemacu penyelesaian masyarakat berasaskan ilmu, selari dengan agenda pembangunan mampan dan ekosistem inovasi negara.

Dokumen hasil bengkel ini akan dibawa ke peringkat seterusnya melalui sesi libat urus lanjutan bersama pemegang taruh utama bagi memuktamadkan standardisasi Garis Panduan KTP yang lebih bersepadu, berakauntabiliti dan berimpak tinggi.

Update: 19/4/2026

 

  • Hits: 3