Skip to main content

DIVISION OF INDUSTRY & COMMUNITY NETWORK

SISTEM HIDROPONIK MUDAH ABC MENGUBAH SEKTOR SOSIOEKONOMI WANITA ORANG ASLI KAMPUNG SUNGAI RABA

WhatsApp Image 2026 05 20 at 4.44.52 PM 4

15 Mei 2026, GERIK, PERAK –Projek pertanian moden berfokuskan pemerkasaan wanita ini telah berjaya menempatkan sistem hidroponik di 35 buah rumah penduduk, sekali gus memberikan impak ekonomi secara langsung kepada 35 buah keluarga Orang Asli. Kedudukan Kampung Sungai Raba yang terletak jauh di kawasan pedalaman mewujudkan cabaran logistik utama terutamanya untuk memasarkan hasil pertanian ke bandar. Komuniti juga berhadapan isu bahasa semasa sesi taklimat awal, kekangan ruang fizikal untuk penempatan set, masalah kestabilan harga pasaran sayuran, serta cabaran teknikal dalam menguruskan sistem mekanikal pam dan solar. 

Pihak penyelidik mengambil pendekatan proaktif dengan memperkenalkan Sistem Hidroponik Mudah ABC (Air, Baja, Cahaya) yang dilengkapi dengan pam air bertenaga solar berkos rendah. Latihan teknikal diberikan secara bersemuka dengan pemantauan berkala untuk memastikan kelancaran operasi harian sistem.  Projek ini telah mencatatkan kadar kejayaan dan maklum balas komuniti yang sangat luar biasa, menjadikannya sebagai salah satu model rujukan pertanian rendah karbon pedalaman terbaik. Sebanyak 100% daripada peserta wanita kini memiliki kemahiran penuh dan berdikari dalam menguruskan sistem hidroponik, memantau kandungan nutrien tanaman, serta merancang jadual penuaian.

Kebanyakkan hasil tuaian tersebut telah diambil dan dibeli secara terus oleh pemborong pukal, sekali gus memastikan aliran pendapatan baharu yang stabil untuk isi rumah.  Walau bagai manapun, terdapat sayuran yang agak susah untuk dijual menyebabkan komuniti terlibat menanam  sayur-sayuran lain.

Puan Menah berkata peserta yang terlibat masih perlu diberikan latihan dan pendedahan bagi penjagaan tanaman ini. Namun dengan cara semudah ABC, semua peserta sangat komited dalam menjaga hasil tanama mereka.

“Cuma kawasan ini terdedah kepada ancaman binatang serta srategi penjualan masih perlu diperbaiki dari masa ke semasa”, tambah beliau lagi.

  • Hits: 16