TAKLIMAT PEMBUKAAN KOD PROJEK SERTA MAKLUMBALAS PENAMBAHBAIKAN DARI PIHAK KAMPUS KESIHATAN

14 Mei 2026, KUBANG KERIAN, KELANTAN – Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Sesi Taklimat Pembukaan Kod Projek Majlis yang dihadiri oleh para pensyarah serta Timbalan Dekan JIM. Taklimat ini bertujuan untuk menyelaraskan tatacara pengurusan dokumentasi projek, pemantauan pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI), serta pematuhan standard operasi bagi memastikan setiap dana yang disalurkan mampu menterjemahkan kepakaran akademik kepada impak sosioekonomi dan kesihatan yang jelas.
Melalui COMPASSION, BJIM menghubungkan strategi institusi, tadbir urus data, dan ekosistem rakan strategik. Perkara ini membolehkan pelbagai inisiatif digerakkan dengan pelbagai projek ke arah laluan pembangunan yang lebih terstruktur, bermula daripada sesi libatsama sehinggalah kepada kelestarian. BJIM memainkan peranan fasilitasi yang strategik dalam memperkukuh keterlibatan setiap projek komuniti menerusi kerangka COMPASSION bagi memastikan segala usaha keterlibatan dapat diterjemahkan kepada impak yang jelas, berasaskan bukti, dan boleh diperluas skalanya.
Dalam sesi maklum balas, pihak pensyarah memaklumkan tentang keperluan penyelarasan secara berterusan di antara kesemua Kampus USM. Satu carta alir telah dibentuk bagi tujuan penyelarasan ini. Pihak JIM juga turut mengalu-alukan Dr Johari Adbulllah yang baru dilantik menjadi Penyelaras JIM di Kampus Kesihatan. Pada masa inin beliau dibantu oleh Prof Aziah ???, Timbalan Dekan JIM Pusat Pengajian Sains Perbatan yang telah lama berada dalam urusan projek komuniti.
Pihak Kampus Kesihatan juga memaklumkan setiap projek komuniti yang dijalankan perlu diambil secara serius oleh pihak Universiti terutama dari segi pengiktirafan setiap projek yang menepati aspek kerangka COMPASSION. Antara perkara lain yang menjadi perbincangan adalah program-program dibawah KRIS serta SULAM.
- Hits: 11