Skip to main content

DIVISION OF INDUSTRY & COMMUNITY NETWORK

KURSUS WIBAWA: FROM STAKEHOLDERS TO IMPACT DESIGNING EFFECTIVE COMMUNITY PROJECTS

 

WhatsApp Image 2026 08 18 at 12.26.08 PM

USM, PULAU PINANG, 17 Ogos 2026 – Dalam usaha berterusan untuk memperkasakan kompetensi warga Universiti Sains Malaysia (USM) dalam perancangan dan pelaksanaan projek komuniti yang lebih sistematik dan berimpak, USM melalui Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) dengan kerjasama CDAE telah menganjurkan Modul WIBAWA@USM – Modul 5: Rangkaian Komuniti-Industri untuk Kerjasama dan Transformasi, Unit CIE02: COMPASSION (Tahap Pertengahan – Competency).

Kursus yang berlangsung di Bilik Persidangan C23, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Kampus Induk USM ini telah dihadiri oleh kakitangan akademik yang terdiri daripada ketua penyelidik, ketua projek geran serta pensyarah. Sesi bengkel secara bersemuka dan interaktif ini telah dikendalikan oleh Profesor Madya Dr. Muhammad Izzuddin Syakir Ishak, Pengarah Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), USM.

Modul ini memberi tumpuan kepada pengukuhan keupayaan peserta dalam mengaplikasikan Framework Community Program for Sustainable Impact Mission (COMPASSION) secara sistematik dalam perancangan projek komuniti. Antara fokus utama ialah reka bentuk projek komuniti, pemetaan pihak berkepentingan, pembinaan kerjasama strategik menerusi pendekatan co-creation dan dialog penyertaan bersama komuniti, serta perancangan objektif, hasil dan indikator projek yang jelas. Peserta turut diperkenalkan kepada asas Monitoring and Evaluation (M&E) bagi menilai keberkesanan dan kelestarian impak sesuatu projek.

Sepanjang kursus, peserta mengikuti pengisian yang merangkumi orientasi modul, pengenalan kepada COMPASSION Playbook, penerangan mengenai COMPASSION Integrated Community Resilience Development Framework, sesi reka bentuk projek, Monitoring and Evaluation (M&E), serta Project Lab. Pendekatan latihan turut melibatkan kuliah ringkas, perbincangan berpandu, analisis kajian kes, latihan pemetaan pihak berkepentingan, pembentangan dan sesi maklum balas.

Melalui sesi ini, peserta dibimbing untuk mengaplikasikan Framework COMPASSION dalam membina kerangka logik projek Problem–Intervention–Innovation–Impact, menyediakan pemetaan pihak berkepentingan dan strategi kolaborasi, serta menghasilkan draf cadangan projek yang mempunyai objektif, hasil dan outcome yang boleh diukur.

Penganjuran modul ini diharap dapat memperkukuh keupayaan warga akademik USM dalam merancang dan melaksanakan projek komuniti secara lebih tersusun, kolaboratif dan berasaskan bukti, seterusnya menyumbang kepada pembangunan komuniti yang berdaya tahan serta menghasilkan impak sosial yang mampan.

  • Hits: 20